A1 Skyraider
A1 Skyraider

A1 Skyraider

Pesawat A1 Skyraider digunakan sebagai pesawat pengiring helikopter penyelamat, dan untuk sokongan udara dekat (close air support) bagi unit-unit tentera darat yang memerlukan bantuan. Pesawat di dicipta oleh Ed Heinemann, dari syarikat Douglas Aircraft. A1D Skyraider adalah sebuah kapal terbang yang lasak, boleh membawa muatan perang yang banyak dan boleh berlegar berjam-jam di atas kawasan operasi untuk menunggu panggilan daripada pasukan yang memerlukan bantuan. A1D Skyraider dikreditkan dengan kejayaan menembak jatuh sebuah pesawat MiG-17. Di penghujung Perang Vietnam, tugas A1D Skyraider diambil alih pesawat A-37 Dragonfly and A-7 Corsair II.Kapal terbang pejuang A1 Skyraider paling masyhur kerana melakukan operasi “Sandy” untuk mengiring helikopter penyelamat semasa Perang Vietnam. Pesawat ini adalah pesawat pejuang penyerang satu tempat duduk yang dibina oleh Douglas Aircraft Company (selepas itu McDonnell Douglas dan kini sebahagian daripada syarikat Boeing). Pesawat ini menjadi satu kejanggalan kerana menjadi pesawat berkipas yang amat berjaya melakukan misi dan tugasannya di zaman penerbangan jet.